MADUMU RACUNKU
buat : L
betapa
madu dimatamu
madu disenyummu
meracuniku
aku sejenak
dibawa ke ruang bimbang
tak jua terlepas
hasratku, niatku
menumbuhkan cinta
dengan segala sahaja
terasa betapa beratnya
betapa
madumu adalah racunku
memasuki buluh darah
melumpuhkan
memenuhi jantung
membekukan
mencapai otak
melenakan
cinta belum tiba
tapi aku sudah koma!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar